Saya Adalah Saya :D

Saya Adalah Saya :D

Saturday, November 12, 2011

NOVEL : Cinta 3 Suku


Berkasih tak mesti bersama, Berpisah bukan selamanya.

“Sketsa perang” di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat 3 Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dibiasi insiden perlanggaran.
Iman - Gadis comel yg nakal & berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran sSuhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih & sayang.
 Arie - Pertemuannya dgn Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yg manja dan pandai menggoda.
Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan yg lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yg sedang mereka lalui itu rupa2nya penuh dgn onak dan duri.

Novel Cinta 3 Suku ni dicipta oleh Herna Diana. Walaupun beliau merupakan novelis yg baru menginjak ke alam tulisan, tetapi bagiku novelnya cukup sedap dibaca dan sesuai untuk remaja skrg ni. Novel Cinta 3 Suku ni merupakan novel pertama ditulis olehNya. Kan aku dah cakap tadi dia baru dalam tulisan2 ni . heee aku mengakui aku bukan peminat novel yg sebenar. Novel Cinta 3 Suku ni la novel pertama aku baca. Hee Apabila aku baca novel ni, buat aku terpikat akan pengarangnya. Bak kata orang, buku akan terhasil bagus apabila pengarangnya pandai dalam mencoret sesebuah buku tersebut dan pandai mengambil hati peminat2nya. Ternyata novel ni dapat menarik jugak pembaca2 yg xsukakan novel macam aku ni. Hee :P Korang ape tunggu lagi try la beli novel ni. Pasti akan berbaloi dgn pengeluaran duit sebanyak RM18. J
P/S : beli jangan x beli. J

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.