Saya Adalah Saya :D

Saya Adalah Saya :D

Monday, October 10, 2011

BerBlogWalking satt .

=== Peace be upon you Reader(S) ===

Okea . hary ni ak nak berblogwalking sat .

Antara blog yg menarik haty ak ialah :
  • Kembara Hayat ! = n3 ni pasal ujian yg menimpa dirinya . aku pn same cam dye . bila diuji sikit , dah menggelabah giler2 bagai . yg aku tahu hanya menangis dan terus menangis . sebenarnya xde gune kite menangis . coz sbnrnya Allah itu Maha Mengetahui ape yg die uji terhadap kita . aku akan sentiase berdoa mudah2an kita dapat tempuhi segala dugaan dan cubaan dalam hidup ni . InsyaAllah :)
  • Tentang Raihan !~ n3 ni plak psal study . InsyaAllah kak . mudah2an kita dapat ape yg kita idam2kan selame ni . akak perlu ingat D.U.I.T. - Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakkal . :) Mudah2an kita berjaya kelak .
  • Anim Alis !~ = tajuk n3 nye AKHIRNYA KITA CLASH ! tajuk gah giler . ingat dah clash ngan pakwe ke . so i tross la bukak . hee . upe2nye clash ngan semester 3 . wahaha . aku pom same clashh dah . InsyaAllah xde repeat ea :) just Doa & Tawakkal je skrg ni ea. ape2 pum hepy holiday !~~~
  • Koko Kokorunch belogg ! = n3 ni plak pasal sebatang pen . whooaaa . cuba la bace sendrii . i setuju 110pecent doe!
  • Nurna Azrin = ahahaha . klaka la nona ni . macam 2 plak dye ye . selamat berupdate ye . xsabar nak tunggu updated cerita :) hee
  • jeritanblog.blogspot.com = ni blog yg boleyh anda2 sume touchup anda punye blog agar jadi makin menarik yaw . sharingiscaring :)
  • zombazomba.blogspot.com   &  teamsalkom.blogspot.com = blog ni pasal download citer2 ke hape ke. bagi mereka2 yg suke tengok crite la . just click CTRL + Link di atas untuk ke new tab . aku lagi preferr teamsalkom laa senang sikit nak download :)
  • Kegagalan Bukan Penghalang angah . sedeyh dgn n3 terakhir tue . rindukan angah :(
  • Kak Piejaa :) = Bila bace n3 ni terkezut pn ade . tak sangke kakak . tapi ape2pun wish u luck in ur life okea . harap bt choice yg terbaek orait :)
  • Arez Razin = blog ni plak pasal life dye , cerita2 yg menarik dibaca n tutorial yg boleyh dikatakan ok la . sebenarnya dye ni la bt ak mule2 nak buat blog . n blog dye ni la ak first bukak mase ak dungu tentang internet dulu . hee . thanx 2 u brother :)

hope that we r like diss !~

okea la sampai sini jela dulu aku berblogwalking .  banyak sangat sebenarnya aku nak citekan .ape2pon , korg bace je la sendri blog diorg ea . selamat berblogwalking jugak n hope enjoy with dose n3 okea . c u in next n3 yaww!~ gudnites!~   

p/s : nak sambung ceritera dalam buku La Tahzan plak . hee :)

=== Wassalam n Syukran Jazzilan ===

Friday, October 7, 2011

Renung-Renungkanlah & Selamat Beramal :)

=== Assalamualaikum Reader(S) Sekalian ===

Sekadar renungan bersama ~~



Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI...

Bila jadi baik, ORANG MELUAT...

Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM...
...
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?..."

Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA...

Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN...

Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS...

Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR...

Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'...

Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free...

Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!....."

Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?.."...

Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"...

Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"..

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan ini :- Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia



p/s : konklusinya ialah jangan mengata org kalau diri pn ntah kemana :) 
selamat berbahagia yaww !


=== Wassalam ===

La Tahzan ~~> 2 = Yang Lalu Biarlah Berlalu :)

=== Assalamualaikum Reader(S) ===

#sharingiscaringyaww.. :)

Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila. Itu sama ertinya dengan  membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan seaadanya. 

Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara hati dan mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar ia tidak dapat keluar melihat cahaya. Kerana bagaimanapun, berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.

Dengan demikian, tidak ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali kerana ianya memang sudah tiada.

Janganlah kita hidup dalam mimpi-mimpi buruk masa lalu atau di bawah bayang-bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri kita dari fantasi tersebut. Apakah kita menginginkan berbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang lagi??? Apakah kita mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya, bayi ke perut ibunya dan air mata kembali ke dalam kelopak mata padahal semuanya hanya akan mengalirkan kembali air mata kita???

Dengan kembali ke masa lalu bererti anda akan merasakan keresahan. Masa lalu tak ubahnya seperti api yang membakar dan melemparkan diri ke api masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyedihkan, sekaligus menakutkan.

Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakkan suasana yang ada dan mensia-siakan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan. Allah telah mengingatkan kita dengan umat masa lalu serta apa yang telah mereka perbuat:
Itulah umat yg telah lalu... (Al-Baqarah:134)

Semuanya telah berlalu dan tidak akab berulang kembali. Dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman itu.

Orang yang berusaha kembali ke masa lalu adalah tidak ubah seperti orang yang menggiling tepung padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya. Ada ungkapan nenek moyang kita dahulu yg patut direnungkan oleh org yg menangisi masa lalu:
"Janganlah kalian mengeluarkan mayat2 itu dari kubirnya."

Dalam sebuah riwayat diceritakan, bahawa terdapat segolongan org yg mengerti bahasa binatang.
Orang2 tersebut bertanya kpd keldai: " Mengapa engkau tidak mahu merenungi apa yg berlalu?" 
Keldai itu menjawab: "Kerana aku tidak suka kebohongan."

Bencana dpt menimpa apabila kita lemah menghadapi masa kini & menyibukkan diri dgn masa lalu. Kita menyia-nyiakan keindahan istana yg kita miliki & mempertaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu yg telah usang. Padahal, seandainya seluruh manusia & jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yg telah berlalu, nescaya mereka x akan mampu melakukannya, kerana pada dasarnya semuanya mustahil 

Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang kerana angin akan terus berhembus ke depan, air mengalir ke depan dan setiap kalifah akan berjalan ke depan. Oleh itu, janganlah menyalahi sunnah dan hukum kehidupan... 


p/s: don u ever look back :)

=== Wassalam ===

Thursday, October 6, 2011

CUTICUTICINTA!~

=== Assalamualaikum Reader(S) ===


hOOrayyy !!~~ fiey dah start cuti dah mulai today !~
cuti ape ? cuti semester larh ! kan fiey tengah study kat UiTM skrg ni . hee
sooo abess la dunia semester 3 SESI Mei-Oktober2011...
tapi yg terase sgt cuti coz sem ni dapat cuti panjang sgt2 berbanding sebelum ni . 
free dari segale-galenya yg membelenggu .
just duq umah makan tido makan tido jer la . haha
hajat nak cari keje . tapi tengah mencuba (xdapat lagi) huhu .
ape2 pommm . jooommm!!!~~ kite enjoyyy!!~~
kawan2 kat luar sane yg dapat cuticutimalaysia 2 harap ambil peluang ni dgn sebaik mungkin yeah !~
fiey xdapat nak join sekaki . almaklumlah fiey xmacam korang yg sgt baik hati !~hahaha.
mengharapkan cuti ni xdganggu oleh penyangak2 bebas yg suke ludah org tepi jalan sesuka hati dye jer .
*ayat aku rude ker hah.! hee*

mengharapkan cuti panjang!

p/s: kpd org2 berkenaan ; selamat bercuti !~

=== Sekian . ===

La Tahzan ~~> 1 = Merenunglah & Bersyukurlah !

=== Assalamualaikum & Nytes Reader(S) ===

#Sharingiscaring =)

Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yg Allah kurniakan kpd anda. Kerana nikmatNya meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara & air serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yg telah diberikan Allah kpd anda.
..sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungmya... (Ibrahim: 34)

Demikian besar nikmat Allah yg telah dianugerahkan kpd anda. Dunia ini, beserta apa yg ada di dlmnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda x pernah menyedarinya; anda menguasai kehidupan, tetapi x pernah mengetahuinya.
... Dia telah memberikan nikmat2Nya secara sempurna kpd kalian, baik zahir mahupun yg batin... (Luqman: 20)

Anda telah diberi sepasang mata, satu lidah, 2 bibir, 2 tangan & 2 kaki.
Maka nikmat Tuhan kalian yg manakah yg layak anda dustakan? (Ar-Rahman: 13)

Apakah anda mengira bahawa, berjalan dgn kedua kaki itu merupakan sesuatu yg biasa, padahal masih byk manusia lain yg x mempunyai kaki? Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan sesuatu yg mudah, padahal masih byk manusia lain yg kehilangan kedua2 betisnya? Apakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua2 mata sementara masih banyak manusia lain yg x dpt tidur kerana sakit yg mengganggunya? Pernahkah anda merasa nista ketika anda menjamu makanan yg lazat & minuman yg sejuk sementara masih banyak org lain yg x dpt makan & minum hanya kerana penyakit yg mereka deritai?

Renungkanlah! Betapa besarnya fungsi pendengaran, dimana Allah menjauhkan anda dari ketulian; penglihatan anda akan terhindar daripada kebutaan; & ingatlah kulit anda yg cantik yg terhindar dr penyakit gatal & kudis. Perhatikanlah juga fungsi otak anda! Allah telah memberikan kesihatan aqal sehingga terhindar dr kegilaan yg menghinakan. Apakah anda ingin menggantikan mata anda dgn emas sebesar gunung Uhud? Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak 1 bukit? Apakah anda mahu membeli istana2 yg menjulang tinggi dgn lidah anda, namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua2 tangan anda dgn butiran2 permata & berlian, tetapi tangan anda kudung?

Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yg tiada terhitung & kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya anda x menyedarinya. Bahkan, anda hidup dlm ketidakpastian & terperangkap dlm kesedihan, padahal anda masih memiliki roti yg segar untuk disantap, air yg segar untuk diteguk, dapat tidur dgn nyenyak & kesihatan anda yg stabil.

Anda seringkali memikirkan sesuatu yg telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yg ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setompok kebaikan, kenikmatan, & masih banyak yg lainnya. Oleh kerana itu, RENUNGKANLAH & BERSYUKURLAH!
Pada diri kalian juga terdapat tanda2 kekuasaan Allah. Apakah kalian x memperhatikannya? (Adz-Dzariyat: 21)

Lihatlah diri anda, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat, dunia sekeliling anda. & janganlah termasuk di dalam golongan :
Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yg ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya... (An-Nahl: 83)



p/s : Merenunglah & Bersyukurlah ! :)

=== Sekian & Wassalam ===

Tuesday, October 4, 2011

La Tahzan :)

BUKU YANG TERLARIS DI MALAYSIA
Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni
SIRI PENYEJUK HATI

La Tahzan
JANGAN BERSEDIH
Don't Be Sad
Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan



YA ALLAH

Firman Allah SWT di dlm surah Ar-Rahman, ayat 29:
Semua yg ada di langit & di bumi selalu memohon kepadaNya. Setiap waktu ia berada dalam aktivitiNya.

Apabila laut bergelombang, ombak bergelora, & angin bertiup kencang, semua penumpang kapal akan berteriak: "Ya Allah!"

Apabila seseorang tersesat di tengah padang pasir, kenderaan menyimpang jauh dari laluannya; para kafilah merasa kebingungan menentukan arah perjalanannya, mereka akan berseru "Ya Allah!"
Apabila tertimpanya musibah , bencana melanda & berlakunya tragedi, ia akan menyebut "Ya Allah!"

Apabila berbagai usaha x mampu menyelesaikan, setiap jalan terasa terhimpit, harapan terhenti, & semua jalan pintas telah buntu, mereka akan menyeru: "Ya Allah!"

Apabila dunia terasa sempit disebabkan himpitan persoalan hidup & jiwa terasa seolah tertekan oleh bebanan kehidupan yang harus dipikul, mereka akan menyeru; "Ya Allah!"

telah kukhabarkan kepadaMu
segala hal seperti cercaan
pekat & wajah waktu lebih gelap berdebu.
lalu kupanggil jelas namaMu
di waktu Subuh menanti
& setiap fajar menyinsing
selalu terdengar namaMu terucap.
  
Hanya kepadaNya sahaja yg layak dipanjatkan kalimah2 yg indah, doa yg ikhlas, bisikan yg jujur, air mata yg menitis penuh keikhlasan & keinsafan, & ratapan derita yg membingungkan .
Hanya kepadaNya kedua telapak tangan dihulurkan setiap kali menjelang Subuh, iaitu tangan2 org yg memerlukan pertolonganNya & tatapan mata hamba yg penuh harapan, & segudang benak yg bertanya tentang banyak peristiwa.

Ketika lidah bersenandung menyebut namaNya memohon, mengharap & memanggil. dengan menyebutNya, di mana hari akan menjadi damai, jiwa akan terasa tenang, perasaan menjadi tenteram, saraf x lagi menegang, aqal menjadi sejuk & keyakinan menjadi mantap.

Allah Maha Penyayang terhadap hambaNya. (Asy-Syu'ara':19)
Allah: Sebaik2 nama, susunan huruf yg paling indah, ungkapan yg paling tulus, & kata yg paling bernilai.

...apakah kamu mengetahui ada sesuatu yg setara dgn Dia? (Maryam:65)
Allah: BagiNya segala kekayaan & keabadian, kekuasaan & kekuatan, keagungan, kemampuan & kebijaksanaan.

... milik siapakah kekuasaan pada hari ini? (Kekuasaan) hanyalah milik Allah Yang Maha Esa dan Maha Perkasa (Ghafir: 16)
Allah: BagiNya kebijaksanaan, pertolongan, keringanan, bantuan, cinta dan kebaikan.

Apapun nikmat yang kalian terima, semuanya berasal dari Allah. (An-Nahl:53)
Allah: Sang Pemilik segala keagungan , kebesaran, kewibawaan dan keperkasaan.

Sekalipun kulukiskan keagunganMu dalam goresan
sebagai tanda kesucian yang mempererat jiwa
Engkau tetap yang teragung
dan tempat segala yang bermakna.
Ya Tuhan, hanya pada keagunganMu
segalanya terasa lapang.
Ya Allah, gantikanlah penderitaan ini dengan kesenangan , balasan kesedihan sebagai hal yang menggembirakan, dan hilangkanlah perasaan takut ini kepada ketenteraman .
 Ya Allah , sejukkan gelora hati dengan salji keyakina, dan padamkan gelojak api jiwa dengan air keimanan.
Ya Allah, berikanlah rasa mengantuk sebagai kenyamanan bagi mata yang tidak dapat pejam.
berikan rasa damai bagi jiwa2 yg resah ini suatu kedamaian, dan berikanlah dgn kemenangan yg nyata.
Ya Allah, Tunjukkanlah penglihatan ini menuju cahayaMu; bimbinglah kesesatan ini ke arah jalanMu dan bimbinglah kesesatan ini ke arah jalanMu, dan bimbinglah org yg tergelincir menuju petunjukMu.
Ya Allah, lenyapkan segala keraguan dgn cahaya mentari di ufuk timur. Hancurkan segala kebatilan yg bersarang di dlm perasaan dgn secerah sinar kebenaran. Hapuskan segala tipu daya syaitan dgn pertolongan bala tenteraMu.

p/s: sebenarnya ak terdetik bace buku ni da lame tapi ni baru aku ade masa untuk membacanya :)