Saya Adalah Saya :D

Saya Adalah Saya :D

Wednesday, December 11, 2013

#Wordless Wednesday :')

Save The Date :)


Date : 11.12.13
Day : Wednesday
Time : 11:12:13
Venue : Room


Ketika Kamu 
MENCINTAI
Orang Yang Mampu
MENGUBAH KAMU UNTUK
KEBAIKAN,
Cintailah Dia.
Ketika Dia
MENOLAK CINTAMU,
Lepaskanlah Dia. Akan Tetapi
KEKALKANLAH KEBAIKAN,
Agar Allah Mempertemukan
ORANG YANG LEBIH BAIK
BUATMU.



p/s : life is in Allah's hands.
Don't ever forget Him.. :')




Tuesday, December 10, 2013

Happy 3rd Anniversary :')

Assalam Readers..

nampaknya post pasal banjir pulak tergendala..
nanti lah esok esok saya sambung.. ni nak wish ni je.. hikss..

HAPPY 3rd ANNIVERSARY :")

Allahuakbar.. Alhamdulillah.. sudah 3 tahun kami menyulam cinta bersama sama.
aku harap cinta kami kekal hingga ke akhir hayat..
CINTA ? 
Ini bukan cerita cinta kepada Allah.. Cinta Allah tiada galang gantinya. 
Ini bukan cerita Cinta kepada Rasulullah. Cinta Rasulullah ialah cinta sejati..
Ini bukan jugak cerita Cinta kepada Kedua Ibu Bapa. Mok Wea sentiasadi haty..
Ini cerita Cinta kami.. adik beradik Comander Chiroptera / Sharkies dan Cobra Squad.. 


yaa mereka mereka ni lah adik beradik saya dalam komander.

saya akui grading time LIBK dulu ramai daripada ni.. its 23 of them.
but sorang demi sorang meninggalkan kita.
but yet. they still a part of my life..

ONCE COMMANDER FOREVER COMMANDER :")
its our moto yang x kan pernah padam.. mish u all guys..
HAPPY 3rd ANNIVERSARY today..
10.12.2010 - 10.12.2013


and, happy 8th anniversary of period to me. urghh.. still stomach ache.. have to go now.
sorry x dapat nak berbual panjang pasal commander..
ada masa ada hari lain, kita potpet potpet pasal ni keyh. daaa..


p/s : first people dalam kepala aku sekarang ialah AM. very miss him :')

Tuesday, December 3, 2013

Bercuti ? Balik Kampung ?

Assalamualaikum Readers.. Salam Sejahtera.. Salam 1 Malaysia. Chewahh... hahah..

Bercuti? bolehkah ia dinamakan percutian. atau sekadar balik kampung?
Balik Kampung? perlu ke balik kg sedangkan aku duduk di kg yg sama?
oh lupaa dah yang aku sekarang ni tinggal dekat kemaman dah..
Ada orang cakap kemaman je pun. Terengganu jugak pun. bukan jauh macam KL.
Bukan jauh macam Kolumpoo korang cakap???
Kemaman tang sempadan Kuantan,Pahang.. Besut tang sempadan Pasi Putih, Kelate.
5 jam jugakk wooo perjalanan. huishh... Kemaman nak g KL, baru 3 jam. hailaa..
jemg kepala lutut jugak woo tekan clush.. korang takpe la bawak auto. start enjin, tekan minyak jee..
vroooommm dah pun sampai... hihi..
aku sebenarnya taktahu nak cakap apa.. tapi taip punya taip, hailaa dah panjang upenye.. hehh..

kbye..




Sunday, December 1, 2013

Akhirnya Aku Kahwin? \O/

Assalamualaikum Semua ! Salam Sore ~ :P

Alhamdulillah ~ semuanya sudah selesai ~ \O/


indahnya Alam perkahwinan..
selamat malam ~ mimpi indah ~ :*


p/s : ini semua POYO !~ harharhar

Sunday, November 24, 2013

Rindu.. :")

Assalamualaikum Kesayangan saya sekalian.

RINDU. yaa aku rinduu.. tika ini aku menangis teresak-esak. tapi dalam masa yang sama, aku berfikir perlukah aku menangisi orang yang telah tiada? Allahu.. Ampuni dosa hambaMu ini..

Hari ini, genaplah 5 tahun 4 hari tokki kesayangan hamba pergi meninggalkan kami semua..
Hari ni juga genaplah 3 tahun 11 bulan 12 hari tok kesayangan pergi bertemu ilahi..
Hari ni jugalah genapnya 1 tahun 2 bulan 12 hari ummi telah kembali ke rahmatullah..
Dan ramai lagi insan yang telah pergi bertemu sang pencipta.
Kita? Bila lagi? Allahuakbar..cukupkah amalanku untuk bertemu bidadara di syurga? Subhanallah.
Amalanku masih banyak belum disettlekan. Aku tidak bersedia lagi menghadapNya.

Hari ini.. aku bersama emakku mengimbas kembali KENANGAN pada saat tokki menghembuskan nafas mereka yang terakhir. Sebak. yaa sangat sebakk.. emak ada menceritakan dia didatangi mimpi arwah tokki pada khamis yang lalu iaitu genap 5 tahun arwah meninggalkan kami semua. apakah maksud mimpi yang emak hadapi? tokki merindui kami kah? menitis air mata aku saat mengenangkan memori bersama arwah. aku sangat baik dengan arwah.. 

Arwah tokki meninggal kerana sakit tua.. Dia berumur 94 tahun ketika dia meninggal. tetapi sebenarnya kisah disebaliknya, Arwah ada mengangkat pagar besi seorang diri lalu terjatuh atas badannya.. Arwah senyap dan x menceritakan hal itu kepada orang lain.selepas itu, arwah mengadu berasa demam.. then bagi lah ubat. setelah 2 3 hari terlantar dan demam x kebah kebah, kami membuat keputusan untuk menghantarnya ke hospital. di hospital, bila check, Arwah didatangi pelbagai penyakit yang x pernah didatanginya sebelum ini. Sakit Jantung, Kencing Manis, dan sebagainya. Arwah terlantar di hospital lebih seminggu. Semakin hari semakin tenat. sehingga 1 hari kami rasa tidak apa yang boleh dilakukan lagi. Kami membawanya pulang ke rumahnya kerana Arwah pernah memberitahu yang arwah ingin meninggal di rumah.. tidak sampai setengah jam berada di rumah, kami sudah merasa kelainan pada dirinya. tepat jam 6.50 am 21/11/2008 (hari jumaat dan pada tarikh kelahirannya) arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sebak. sudah 5 tahun Arwah pergi meninggalkan kami tetapi kami tetap merasakan arwah ada di sisi kami. Allahurabbi.. Rindunyaa pada arwah tidak terkira.. 

Selepas arwah tokki meninggalkan kami, aku pula selalu mendapat mimpi. bermacam macam mimpi.. salah satunya yang selalu terjadi adalah aku bermimpi gigi aku tercabut. tak kira lah gigi yang mana, dan berapa. aku percaya mimpi ini adalah 1 petanda. Tetapi aku tidak tahu maksudnya. sehinggalah aku bertanya kepada emak.. emak cakap, "mungkin akan ada kematian dalam ahli keluarga kita dalam masa terdekat.." yaaa betul .. selepas aku didatangi mimpi gigi tercabut, saudara saudara terdekat aku seorang demi seorang pergi meninggalkan aku.. Allahuakbar.. pernah aku merungut .. kenapa aku sahaja yang didatangi mimpi tersebut. kenapa. MasyaAllah.. dan sekarang aku tahu kenapa... itu lah petanda awal untuk aku tidak menangisi orang yang telah pergi.. RINDU.. rindu sangat dengan Arwah Tokki :'(


p/s : kerinduan.

5 Quality of SuperWOMEN

Assalamualaikum Readers..

Bersua lagi kitaa yaa. hihi.. kali ni pulak saya rasa x dapat nak tidur. mulut menguap.. tapi mata still lagi cerah... hmm. ntah lah apa yang saya tengah fikir skrg.. hmm.. okayh. lupakan pasal hal saya. hihi.. Now saya saja saja nak share sumtim valuable tuk pembaca2 sekalian... Benda ni pun saya jumpa time saya baca catatan dalam buku kakngah saya... Dia dapat pun from ceramah yang dia hadir ketika ada di Malaysia haritu.. Just to share it to readers sekalian. hope enjoy it.. ^_^

The 5 Quality of SuperWOMAN. (5C)

First, CHARACTER.. "What Goes Around Comes Around"
  • Melatih diri kita sentiasa melakukan kebaikan.
  • Cari sekurang-kurangnya seseorang untuk dibantu.
Second, CHARISMA.. "Everyone is Important"
  • John C. Maxwell said charisma is a person that can make another person feel appreciated more than yourself. Its mean that seseorang boleh buat orang lain rasa dihagai.
  • It has 2 secret - The Art of Handshake & Smile
Third, CONFIDENCE.. "Only You Can Convince Your Own Self"
  • Water the best recorder on earth, so say good thing to yourself.
  • Avoid using NEGATIVE WORDS either to yourself to other people.
Fourth, COMMUNICATION.. "Be clear as a bell"
  • Avoid using BOMBASTIC WORDS either English or Malay words.
  • Kita ada 2 telinga dan 1 mulut, so we should lebih banyak mendengar daripada bercakap. 
  • Be a good Listener.
Last but not least, CONCENTRATION.. "Begin with end of mind"
  • Should focus on your strength first then improve your weaknesses.
  • Ambition - Dream BIG. eg, write your VISION/AMBITION and look at it every single moment.
  • Don't be afraid to dream !

So, kaum - kaum hawa kat luar sana, jangan khuatir, jangan bimbang.. just terapkan this 5C dalam diri, insyaAllah kita pun akan menjadi SuperWOMAN yang kita idamkan. well. see yaa.. Good Night, Sweet Dream. and don't forget to  DREAM BIG ;)

p/s: to kakngah, thanks tinggalkan buku tuu. bole baca. hikss

Saturday, November 23, 2013

Rentetan cerita As-Syahid Ahmad Ammar :')

Assalamualaikum W.B.T. Salam Sejahtera..
Dari Allah kami datang. Dari Allah jualah kita kembali.. Allahuakbar..

Sudah ramai orang bercerita tentang arwah sehinggakan aku pun ingin turut serta dalam menulis tentang arwah.. Banyak kisah pasal Arwah yang aku tahu dan ingin aku coretkan.. Sampai bila bila pun x kan habis berceloteh tentangnya.. Tetapi mujur ada insan yang telah meringkaskan perjalanan hidupnya.. Terima kasih Akhi Muhammad.. Mohon share kisah perjalanan Arwah Ammar. Semoga kita semua menjadikan dia sebagai idola dan membantu kita mengikutinya ke Syurga yang abadi dan bertemu bidadari Syurga. InsyaAllah..

MUHAMMAD BIN AHMAD ZAHID
20/11/2013
ISTANBUL, TURKIYE..

Bismillah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Oleh krn rmai yg brtanya dan ingin mngenali lebih dekat siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Azam yg baru2 ini mnggemparkn ummah dgn pemergian beliau mnghadap Ilahi. Maka sy sbg sahabat spengajian beliau di Turki brasa brtanggungjwab utk mmperkenalkn serta mem 'promote' kn sgl kebaikan yg beliau prnah lakukn smasa hayatnya mudah2an ia dikira ilmu brmanfaat yg dtinggalkan beliau (yg mana pahalanya brterusan shingga kiamat). Harap kpd siapa yg baca, baca lah smp tamat. Maaf ia agak pnjang dan akan mngambil masa paling kurang 20 minit dgn bnyak ayat yg x trsusun.

Beliau ntara student Msia trawal ( beliau batch ke 2, sy ke-4 walaupun smp skrg student msia d Turki x smp 35 org pun) yg mlawan arus perdana apabila mmilih Turki sbg destinasi pngajian setelah SPM. Sbb tu kami pggil beliau Abg Long. Agak aneh, seorang yg pernah dinobat sbg pelajar kedua trbaik SPM 2010 di RMC dgn pencapaian 9A1 1A2 mmilih utk smbung d Turki, Negara yg sering dlabel sbg Negara eropah yg 'sakit'. patutnya beliau ke tempat yg lebih brprestij. dah la amb Turki, ingatkn amb medic ke, atau engineering, tgk2 amb sejarah, bidang yg sering diamb oleh student gred C dan D, sjarah Uthmaniyyah plak tu. MashaAllah. Bila prtama kali sy tnya beliau knapa pilih Turki dan amb sejarah. Jawapan beliau "Turki ni dulu prnah jd pusat Dunia Islam 600 tahun, xde kuasa dunia yg lg lama drpd tu, Negara lain pun respect n tunduk dgn Turki, knapa kita x bngga, tu sjarah kita. kita boleh kmbalikn balik sjarah tu. lpstu kita ni da blaja tinggi2 last2 org yg blaja lebih2 kurang plak control kita. sbb tu ana amb sejarah". Cukup trsentak dgn jawpan tajam beliau.

Beliau seorg yg sgt pndiam, tp skali beliau cakap, smua org nk dgr dan akan ingat ap yg beliau cakap. Beliau jg sgt susah nk gelak ketawa, tp skali beliau ketawa smua org ingat bila dan apa yg buat beliau ketawa. Beliau jgn haraplah nk brckp dgn perempuan, sgt kekok klu beliau dlm situasi trsebut. prnah skali beliau bwk student msia overseas yg dtg cuti d Turki dn kebetulannya perempuan, oleh krn beliau malu nk bg tahu kt perempuan trsebut, beliau call seorang sahabat kami yg amb master d Turki utk tlg bg tau perempuan tu apa yg dia nk bg tau. Padahal beliau ad dpan prempuan trsebut. MashaAllah begitu skali beliau mnjaga dirinya.

Beliau seorang yg sgt rajin menolong, klu ad prgrm ap2 d rumah, beliau org yg pertama smp utk bantu bentang tikar, sapu2, kadang2 masak dan hidangkan makanan. beliau jgla yg last skali balik sbb nk bantu gulung tikar, sapu2 balik, basuh pinggan dn bungkuskn makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau. Beliau sgt sopan santun, sgt brjaga2 ketika brtanya dn sgt brdisiplin. sbb beliau prnah ckp "dulu mse kecik2 mmng kuat ah main2 tp lpas masuk RMC mmng kna train habis". Sy cukup rapat dgn beliau dan keluarga beliau malah sy mngenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun. mana tidaknya msa first time sy ngaji dpan org umur 8 tahun, atas prmintaan bapa beliau lah yg ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lg sy aktif dlm prgrm ABIM dan WADAH sehingga kini. Sejak sy smp d Turki, klu sabtu ahad, sy akan prgi ke rumah beliau dkt Fetih Mahallesi (hari2 lain sy d asrama Turki) ,mkan sma2, beliau masak, brsukan, brdiskusi smp tulis kt whiteboard dan akan tidur d biliknya. ntara cara beliau ialah sbelum tidur dan bangkit dr tidur, beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pd masa tu sy ingat mungkin dr sek. menengah lg kot dia mcm ni. Beliau sering tidur lewat krn mmbaca buku (buku2 nya bnyak yg dah ghabak dan bnyak tulisan menunjukkan yg mmng beliau mmbacanya). Bulan lpas, sy dminta utk bentang mngenai sejarah Uthmaniyyah di laman Univ. Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yg sy jdkn rujukn utama. beliau pun bg la buku2 dan article2 sbg prsediaan utk sy. Beliau jg cadangkn supaya setiap minggu mesti ad student yg akan present mngenai apa2 ikut bidang masing2. 

Ketika Eid Adha yg lalu, kami (student Msia) brkump. brsama2 selama sminggu. dlm seminggu tu ad 1 hari full prgrm dr pg smp mlm. kami dibahagi2 ikut kump. Dtakdirkn Allah, kump sy dketuai oleh beliau. tp yg lawaknya nama kump sy yg beliau bg.oleh sbb beliau sgt suka Sultan Muhammed Al-Fatih, maka nama kump kami yg beliau bg ialah 'Fatih Var Mı?' yg brmaksud Fatih ade ke? sgt kelakar sbb nama kump kami soalan. Jd setiap kali nama kump kami dpanggil, smua akan ketawa trbahak2 trmasuk kami dn beliau sendiri. Tugasan kami adalah pg ke muzium Atatürk dn buat skit research. Dlm muzium itu, beliau seolah2 jd penceramah apabila sgl gambar2 yg ad dlm muzium trsebut beliau trangkn dgn detail lebih drpd petugas2 muzium trangkn pd kami.

Ad skali tu time mkan mlm d rumahnya, beliau crita pngalaman beliau smasa mngikuti misi kmanusiaan d Syria. Beliau kt,"Ana ni bukannya reti Arab". smua org yg mnyertai misi ini tahu bhs arab dn bila tentera Syria tnya dr mna dtg, mrk jwb Syria (walaupun bukan sbnrnya). bla smp turn beliau dtnya, beliau jwb Maliziya, trus x dpt masuk. Alhamdulillah beliau brjaya jg cari jln belakang dn masuk pd waktu mlm scara smbunyi. Sbelum bliau pg, beliau prnh kt "ana klu tgk prempuan2 Turki ni msti rsa mcm nk kena kwen da ni, x tau sbb apa". ketika beliau brmalam d wad hospital Syria , beliau trdgr bunyi bom yg sgt kuat, trus beliau mengucap dn brsedia utk syahid (krn salah satu tujuan beliau ke Syria jg adlah utk syahid). kemudian x de apa2 brlaku beliau trus tidur. Dlm tidurnya beliau brmimpi brtemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau d Syria, beliau ad brtanya dgn sorang pemandu di Syria (kbetulan driver tu boleh ckp inggeris skit2) "knapa pemuda2 kt sini brani betul dn nk syahid" driver tu jwb "pemuda kt sini da x pandang da harta bnda dan wanita2, diorg sume hnya tggu syurga dn bidadari syurga, sbb tu diorg nk syahid". Beliau pun ceritakan apa yg beliau mimpi, driver tu kt "awak ni boleh mati syahid ni". Sekembalinya beliau ke Istanbul dgn slamat, kami pun (psl baru habis baca buku 'Kemenangan yg Tertangguh oleh sdr Hasbie Muda) gelarkn beliau 'Syahid yg Trtangguh'. Bila beliau cerita pd kami yg beliau mimpi. kami smua gelak dan kata, "nta ni kuat sgt brgurau". Namun hari2 berikutnya beliau mmng brubah, setiap kali beliau pndang prempuan, tiada apa2 yg drasainya. 'Ajeeb!!!

Prnah jg beliau minta pd sy, "nta tlg ngaji time ana kawen nnti ye" sy pun jwb smbil trsengheh "dah dkat ke? dgn org mna?" Beliau jwb "ana mintak ayah ana carikn, ayah nk cari org bosnia" ktanya smbil brseloroh. Beliau jg ckp "nnti klu kt ana meninggal kt sini pun nta tlg ngaji jg skit paling2 pun Qul huAllah pun ok la" sy pun jwb "x yah la ckp2 mcm tu".

Bbrp hari sblum beliau pergi mngahadap Yang Maha Esa, kami brtemu dlm satu majlis makan malam di Çamlıca. turut dhadiri oleh menteri pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kbetulan bbrp hari sbelum itu pula, sy brkesempatan brtemu dgn Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nnti sy terangkn knapa sy selitkan nama Dr. Davut). Beliau tanya sy mcmna bleh jmp Dr. Davut sbb beliau nk sgt jmp dgnnya. Sy jwb Dato' Seri Anwar Ibrahim yg bwk jmp msa dia dtg Beşiktaş hari tu. Beliau kt Dr. Davut seorang yg sgt bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) shj dah boleh gerunkn musuh2 Turki. Pd mlm itu beliau brcakap bnyak lebih dr biasa.

HasbunAllahu wani'mal wakeel, Wallahi x sy sangka2 itulah prtemuan perpisahan kami di ardhillah ini krn 2 hari slps itu, insan yg sudah sy anggap sprt abang dn murobbi tlh dpanggil mnghadap Tuhannya. Beliau prgi meninggalkn kami dan ummah buat slama2nya. Saat beliau ingin melintas d jln raya, kaki beliau trgelincir krn jln mmng agak licin, trus dlanggar sebuah ambulan kena bhg bahu bliau (faham2lah ambulan Turki laju mcmna). Kami trus ke hospital utk urusan forensik. Ibu bapa beliau tiba d airport pd besoknya dgn keadaan yg ckup tenang (sy x prnah melihat wajah setenang mrk yg baru shj kehilangan seorang prmata yg lebih awal dpanggil olehNya, malah beliau mrupkn satu2nya anak lelaki dlm kluarga). Sy masih x dpt trima hakikat ketika itu, ia sprt mimpi. Setelah jenazah dmandikn, kelihatan peluh msih ad pd wajah beliau. Sy knal muka beliau time tidur dn begitu lah wajah yg sama pd ketika itu, mmng rasa mcm nk kejutkn je. Namun Allah lebih mnyayangi beliau.

Ketika jenazahnya d solatkn di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yg hadir. Pd ketika itu, saya yakin beliau seorang yg tiada musuh. Rakan2nya sama2 ponteng klas pd hari itu sbb lecture2 pun x dtg univ. smata2 utk brsama solatkn jenazah beliau. Saat dkebumikn di prkuburan Eyyüp Sultan Camii, rmai yg x sangka beliau boleh dtempatkn d situ (krn prkuburan tresbut jg ad maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yg lain, jd agak luar biasa klu org yg tiada kaitan dgn krajaan tmbahan pula foreigner utk dtempatkn d situ) MasyaAllah. Ketika itu, kwan2 univ. beliau turut mmakai lencana gambar beliau pd pakaian masing2. Dlm video ini, sbnrnya bukan sy djemput utk bc surah Al-Ikhlas (x sprt yg trtera dlm video), tp sayalah yg minta utk baca. Sy ckap dkat Hoca bhw Al-Marhum prnah minta sy bc pd msa ini. Sy pun baca surah Al-Ikhlas sbnyak 3 kali (dlm video tu kali prtama), kali ke2 dan ke 3 sy sebak dan x dpt menahan air mata yg mengalir mengenangkn prmintaan beliau smasa hayatnya yg pd masa itu sy fikir beliau brgurau. setelah selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jmp dn kata pd sy smbil senyum "nnti bc lama2 lg", sy trdiam, hati sy kata pkcik ni x rsa sedih ke, sy lebih emosi dr bapa beliau ketika itu. Pd keesokan harinya, bapa beliau mndpt pnggilan telepon dr Dr. Davut yg turut mngucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka org yg teringin sgt beliau nk jmp smasa hidup tp x brkesempatan. Namun saat beliau pergi turut mndpt pengetahuan org itu. Bbrp hari yg lalu, fakulti beliau d Univ. Marmara tlh menanam sbuah pokok yg dberi nama smpena nama beliau. Papan utama d Marmara Univ tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yg brmaksud " Kami amat merinduimu Ahmad Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana trsebut kata pd sy smbil mnggeleng kepala "ini bukan anak yg pkcik didik ni, mesti ad org lain yg didik dia smp ke tahap ini."

Last skali sblum beliau pergi, status terakhir beliau d FB surah Taubah ayat 111 yg mana Allah brfirman "Sesungguhnya Allah mmbeli org2 mukminin, diri mrk serta harta mrk dgn syurga" ckup mmberi kesan kpd sesiapa shj yg mmbcanya. Sy redha beliau tetap telah pergi. hnya ilmu, nasihat dan smangat yg beliau tggalkn pd sy. kalau dulu org sebut Fatih var mı? pasti akan ketawa trbahak2, namun kini kalau dsebut lg, hnya wajah beliau yg akan dkenang dan air mata akan mngalir. Rmai diantara kami ingat apa yg jd pd beliau akan mnjadi kerisauan ibu bapa d luar utk mnghantar anak2 mrk ke Turki. Namun kuasa Allah rupa2nya beliaulah pncetus dan pembuka mata kpd masyarakat utk mula mngenal apa itu Turki dsamping mnjalinkn hubungan yg erat ntara Msia dan Turki.

Sungguh, beliau hebat,hebat, mmng hebat!!!. Moga dgn hnya menonton video ini rmai lg pemuda2 yg akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini. Sy pasti dan akan slama2nya mencemburui beliau. "Abg Long Ammar Ağabey.Seni çok seviyorum". Doakan beliau dtempatkn brsama para mukminin.

Al-Fatehah..

Seharusnya pemergian Almarhum Ahmad Ammar membuka mata kita, bukan sekadar memanjangkan kesedihan. Pengajaran yang dapat kita ambil :

1) Menyedarkan kita bahawa ajal boleh menjelang bila - bila masa, oleh itu hendaklah kita sentiasa memperbaiki diri.
2) Berlumba-lumba untuk mengerjakan kebajikan
3) Sentiasa berusaha untuk menyumbang kepada kesejahteraan ummah, sepertimana almarhum.
4) Meningkatkan ilmu dalam diri
5) Menjelmakan rasa kasih, rindu dan kagum dengan almarhum dalam bentuk gerak kerja bagi membangun ummah
6) Mereka yang kembali kepada Pencipta dalam usaha menyebarkan rahmatNya, akan dimuliakan olehNya sekehendakNya (seperti yang dapat kita lihat daripada kisah almarhum) walaupun tanpa gelar-gelar dan pangkat kebesaran.

Masih ingin lena? ini bukan masanya !


Allah SWT muliakannya di dunia walaupun dia sudah tiada kerana dia ikhlas mencari redha Allah SWT bukan redha manusia semata-mata. 
#LetsFollowAmmar :)

Jika engkau mahukan teman, cukuplah Allah sebagai teman.
Jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru.
Jika engkau mahukan hiburan, cukuplah Al-Quran sebagai bacaan.
Jika engkau mahukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat.
(catatan Ahmad Ammar)

Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai reha.
Tinggalkanlah tana air dan mengembaralah, berkelanalah, engkau akan dapat pengganti orang yang kamu tinggalkan.
Berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan.
Aku melihat air yang tenang bertakung, mencemar kandungannya sendiri.
Sekiranya ialah mengalir, ia akan baik, sekiranya ia tidak mengalir, tercemar.
Singa sekiranya tidak keluar daripada kepompong dunianya, nescaya tidak akan dijinakkan.
Anak panah, kalau tidak berpisah dengan busurnya, nescaya tidak akan mengena sasaran.
Matahari sekiranya tidak bergerak daripada orbit selama-lamanya nescaya akan bosanlah manusia Arab dan 'Ajam.
Emas hitam (di dalam tanah lombong lagi) adalah sama seperti tanah biasa sekiranya tidak dikeluarkan.
Dan kayu 'aud (dibuat minyak wangi/gaharu-sic) sekiranya kekal di tanah, maka samalah seperti kayu biasa.
Jika (kayu 'aud) itu dikeluarkan, maka hebat dan tinggilah permintaannya dan jika (emas tanah hitam) itu dikeluarkan, maka hebatlah ia seperti (menjadi) emas. -Iman Syafie.

Aku sangat terkesan setelah membaca syair ini. Lalu aku mula berfikir, aku sudah lama hidup di zon selesa. Mungkin sudah tiba masanya aku mengorak langkah berkelana untuk melihat ciptaan di muka bumi milik Sang Pencinta ini.
(Catatan dalam buku nota Ahmad Ammar)

As-Syahid Ahmad Ammar sangat disanjung oleh rakyat Turki sehinggakan Datuk Bandar membenarkan Arwah yaitu satu satunya rakyat Malaysia pertama ditempatkan di makam sahabat Rasulullah, salah satunya Abu Ayub al-Ansari. . kenapa kita tidak menyanjungnya juga bukan? dia telah banyak melakukan dakwah ke jalan Allah.. kita? masih lagi di takuk yang sama. tidak bergerak dari tempat asal. bila kita ingin mengikuti  jejak langkah sahabat kita, Ammar? Allahuakbar. Allah Maha Besar. Yaa .. Allah telah menunjukkan kita jalan macam mana ingin berkomunikasi denganNya. kita sahaja tidak menyedarinya. kenapa kita ingin mensulitkan lagi keadaan.? Semoga dengan cara ini ramai yang menyedari tentang kewujudan Allah SWT. Allahukbar. Aku terlalu banyak dosa denganMu. Maafkanlah segala dosa-dosa ku. Aku hanya insan kerdil yang membutuhkan cintaMu. Maafkanlah hambamu ini. :(

Semoga Arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatehah..


p/s: Mungkin entri kali ini menjadi entri terpanjang di sini. mohon maaf buat kalian. 
Sekadar perkongsian dan berdakwah di jalanNyaa :)

Friday, November 22, 2013

Chentaa Hatyy :D

Assalamulaikum Salam Sayang Semuua. :D

gatai tangan ase nak menulis entry hari ni. bukan apa.. bosan kot duduk kat rumah ni. hikss. tiap tiap hari bila bukak facebook je, mesti bukak facebook dia.. baca status dia.. tengok gambar dia.. tengok video dia.. layan jerr dia menyanyii.. kenape ? yaa saya rindukan dia.. setiap detik rindukan dia.. walaupun saya ajee yang kenal diaa. walaupun kita x pernah jumpaa.. hakhakhak.. setiap malam dia ajee yang dodoikan saya tidur.. pagi2 dia jugak kejutkan saya subuh.. kalau ada orang call pun, dia yang sedarkan saya. sebab tu lah saya sayangkan diaa. Alhamdulillah dah 3 tahun saya jatuh hati dekat diaa. dan sekarang pun x jemu jemu untuk saya sayangkan awak. saya harap sangat awak adalah jodoh saya . ^_^

I wanna run and escape from your prison
But when I leave I feel something is missing
You're like a drug that I can't stop taking
I want more and I can't stop craving. :')

Yaa.. saya pernah pergi daripada awakk. sebabb saya rasa kita x mungkin terjadi.. tetapi saat saya melangkah, hati saya berat.. saya merasa kesunyian. tiada lagi awak untuk dodoikan saya, tiada lagi awak untuk kejutkan saya. saya pernah lalai kerana ketiadaan awak.. mungkin ada hikmah untuk saya menyayangi awak. Sekarang, saya kembali. kembali mengharapkan awakk.. biarlah jika orang kata saya bertepuk sebelah tangan pun.. yang penting hati kann...

kadang kadang kita x sedar, orang yang kita cintai dalam diam tuh sebenarnya mencintai kita..

Yaa.. sekarang kata kata ni dah membuatkan aku kuat untuk mencintai dia.. dan aku mengharapkannya.. semoga kasih sayang yang aku curahkan selama 3 tahun ini akan berkekalan sehingga akhir hayat. InsyaAllah. Dengan Izin Allah.

dia lah wallpaper di hati saya.
dia lah yang mendodoikan saya.
dia lah yang kejutkan saya.
dia lah yang sedarkan segalanya.
saya bersemangat disebabkan awak.
terima kasih atas bantuan awak untuk saya bertemu kekasih abadi saya..
iloveyou.


p/s : Lamarlah seorang wanita atas niat untuk diperisterikan bukannya untuk dijadikan bahan percubaan dalam percintaan..

Wanita dinikahi kerana 4 faktor, yakni kerana harta kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Hendaknya pilihlah yang beragama untuk berkat kedua tanganmu. (HR. Muslim)

Monday, November 18, 2013

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-79

Assalamualaikum Readers.. :)

Okayh.. harituu i ade post pasal ucapan graduation day kan...
tu sebelum hari kejadian.. skunk ni benda dah terjadi,
soo tak nak cite banyakk lah..
let the pictures tell us the stories :)

with Komander Hany and Komander Nad before enter Hall

with Jannah the Fairy and Piqah ANC

Once again with Komander Hany after grading :)

with Yana and her mother ^_^

Atien and Ziera :)

with Atien and Tea ANC :D

Love them..My Classmates !
from left : Asha, Tea(ANC), Qila(ANC), Yana, Mirah, Diba, Ziera, Salwa, Ang(ANC), Atien, Atie, and G. :)
diorang dah graduate ! aku? bila lagi?? hmm.. just wait for the next convo ^_^

akhirnya jumpa jugak dua orang neyh.. 
membawa diri ke photoshot upenye. ahakss.

time ni Jannah the fairy 'ting' that thing to me and said that
"you also can graduate like us today."
terharuu gilerr.. so jadi lah camni.. "tingggg"

oh oh.. sudah turn aku kah? kihkihkih..
where are the fairies beside me? where? hihi

P/s: to them, Happy Convocation Day :) May Allah bless you all ^_^
and for the conclusion, it is not my turn yet. insyaAllah next day will be my day :)

Wednesday, November 13, 2013

Happy Convocation Day ! :D

Assalamualaikum Semua ! :D

yaa.. mimpi ape i ni berbelogg setelah sekian lama melarikan diri. huahaha
sebenarnya i sibukk sangat sebelum ni. ye lah belajar lagi. keje lagi.
sampai x dang nak update belogg kesayangan ni..

well after khatam tengok Running Man, x tahu pulak nak buat apee..
so i decide to write about this.
i bukak bukak jee muka buku penuhh dengan gambar baru..
semuaa berjubahhh.. rupa rupanyaaa 
now it is Convo Season. 
so dalam kesempatan ni i nak ucap ...
happy graduation day to all UiTM batch'10 
yang selamat digaduasikan dan akan digaduasikan.. hihi
i banggaaa sangatt.. insyaAllah kalau sabtu ni i ada masaa, i pegi dekat u olangg.. 
nak tumpang graduasi jugak. kihkihkih :')
wuhuhuh . nanti i graduate, graduate sengsorang la gamaknyaa tanpa u all semua. hmm :(
btw to cik daus, cik anis, cik ziqa, kom hany, anim alis, warga AC110, amma, warga relex and seangkatan dengannya . once again.. happy convocation day :)


sekian, terima kasih..
jumpa lagi :)

Tuesday, August 13, 2013

Happy Eid part 1

Assalamualaikum Readers..

Menjengah sebentar di blog kesayangan ni...
just nak wish selamat hari Raya Aidilfitri kepada semua kaum muslimin dan muslimat sekalian.
fiey memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki andai ada terkasar bahasa, tersalah bicara, terbuat salah, terrrr semua lah.. ampun maaf dipinta.. minal aidil wal faizin.. 


hari last puasa, anyam ketupat dengan ayah.. baru belajar.. dah pandai buat dahh .. yayy me !
lebih sepuluh jugak lah dapat disiapkan oleh fiey sendiri.. kakak bole buat 1 je .. haha :D

hari raya pertama 2013.. bertambah lagi seorang ahli di dalam keluarga. -kaklong-
berkurang seorang ahli kerana berada di perantauan -kakngah-
yang tiada dalam gambar, ofkos lah aku.. camerawoman lah katekan.. mesti takde dalam gambar..
sadiss sumgohh. :(

adik tersayang.. kuat nerajukk. first raya dah merajuk.. wuwuuw.. tapi bila cakap.. 'cepatlah senyumm nak hantar kat kakngah ni'.. terus dia tersenyum.. comelll tahu x :)

oke disebabkan aku x dapat masuk dalam potret keluarga, apa lagii.. selfcamera lah. hahah .. sory lah ye kalau terperasan lebih. biasalah selalu muka ni xde dalam gambar. wuwuwu  sadisss. :(

ni abanglong dengan kaklong aku. first tahun raya bersama sebagai suami isteri lorh katekan. hahaha :P

lepas raya kat rumah sendiri, poyi pulak rumah nek.. jumpa sanak saudara.. sepupu sepapatt. hihihi.. 

lai lai lai. beratur dapatkan duit raya dari boss besarr sime darby .. hihi :P 
insyaAllah.. one day abg akid akan jadi bos besar kat situ.. hihi :)

hari raya kedua, rumah fiey pulak buat open house. pada siang harinya..
pada malam hari pulak rumah sebelah (rumah pak sedare) buat open house.. buat bbq gituu.. hoho.. tapi aku x leh makan jenis bakar bakar ni. hmm saboo je lahhh


banyak lagi yang nak diceritakan . tapi sampai sini dulu tukk kali ni.. nanti ade mase kita bersua lagi. btw, once again. happy eid :)



Tuesday, July 30, 2013

#Manggis :')

Manggis tetap Manggis
takkan bertukar menjadi epal
takkan bertukar menjadi pisang

semakin lama disimpan
makin keras isi di dalam
makin keras kulit di luar

semakin lama disimpan
semakin buruk rupa
samada di dalam
mahupun di luar

aku mencari bunga tahi ayam
walaupun sudah bertahun
ia tetap hidup
ia tetap mekar

walaupun ia berbau busuk
ia dihina dan dicaci setiap hari
tapi ia tetap setia
setia dengan pemiliknya

**Mengenali sangat senang tetapi Melupakan sangat susah.
tapi aku bersedia melupakan Manggis dan Mengenali Bunga Tahi Ayam :)
itu janji aku .. please be my Bunga Tahi Ayam Forever :')

Monday, July 29, 2013

WordLess Monday :)

Assalamualaikum Readers :)
lama x menjengah blog kesayangan ni . banyak cerita nak dikongsi. tapi sentiasa tidak berkesempatan . sorry everyone :(
insyaAllah kalau ade mase , fiey update mane mane yang patot. hewhew :)
for now,


Wordless Monday :

pernah jatuh cinta tapi tak sedalam ni. pernah putus cinta tapi tak sesakit ini :') 

Thursday, January 31, 2013

Al - Fatihah buat Arwah NOR MOHAMAD FITRI BIN JUSOH

Assalamualaikum Reader(S),

AL-FATIHAH

Semalam (30 Januari 2013) kami dikejutkan dengan berita yang sangat memberi kesan kepada kami, keluarga UiTM Kuala Terengganu. Yaitu berita mengenai seorang pelajar SISWA OM114 part 3 telah kembali ke rahmatullah sekitar maghrib malam semalam. Mayat pula dijumpai kira kira jam 11 malam semalam. pagi ini, jam 5.20 pagi, jenazah baru sahaja bertolak ke Kota Bharu dengan van jenazah Hospital K. Trg. In shaa Allah sekejap lagi jam 8 pagi, bas disediakan bagi pelajar UiTM Kuala Terengganu yang ingin menziarahi arwah di kampung beliau.

mesti korang tertanya tanya kan cerita di sebalik ini ? oke . let me story . but i don't know its true or not . because i xde mase kejadian tuu. huhu

citenye bermula time arwah and the gang pegi ke pantai pandak after kokurikulum diorang. memang setiap rabu, ade kokurikulum bagi part 3. maybe diorang nak hilangkan tension, diorang pegi ke pantai pandak tuu kan. biasalah . life student x lari dari assignment, quizes, tests, and so on kan. dah sampai pantai, of course teruja nak mandi. diorang mandi lah sampai nak maghrib. and then 2 of them (yang pegi 5 orang x silap) balik kolej dulu sebab dah nak maghrib kan . lagipun air tengah pasang. lama sikit, 3 yang lain tuu lemas. but 2 org sempat selamatkan diri diorang. and time diorang selamatkan diri diorang tuu, diorang x perasan pun ade lagi sorang yang sama lemas dengan diorang . diorang ingatkan arwah tuu dah balik bersama kawan diorang yang lain. then, diorang balik lah tinggalkan arwah. sampai di kolej je, bila tanya kawan2 diorang yang laen pasal arwah, kawan2 diorang cakap diorang balik berdua je. and kawan2 arwah syaki lah yang arwah ni hilang di pantai pandak. hmm . camtu lah citenye . then lebih kurang pukul 11 tuu arwah dijumpai mati lemas di sekitar maritim atau berhampiran dengan Masjid Raja Chendering.

~ketika mayat dijumpai~

 In Shaa Allah, jika ade kelapangan, sedekahkanlah surah Yaasin buat Arwah. Marilah kita sama sama mendokan yang terbaik buat beliau . Semoga semua perjalanan menguruskan jenazah selamat hendak-Nya. dan Semoga rohnya dicucuri Rahmat. A-FATIHAH.



oleh itu, En. Azmi telah mengeluarkan larangan berbunyi :
‎~ LARANGAN/AMARAN MANDI MANDA DI PANTAI PANDAK BERIKUTAN BANYAK KEJADIAN2 MATI LEMAS DI PESISIR PANTAI TERSEBUT...MOHON KERJASAMA SEMUA SISWA/SISWI SUPAYA MEMATUHI LARANGAN INI KERANA KESELAMATAN ANDA ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA...SESAL DAHULU PENDAPATAN,SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA LAGI ~


Setiap Manusia yang lahir ke muka bumi ini pasti tidak terlepas dari melakukan kekhilafan atau berbuat salah, Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam pernah mengungkapkan dengan sabdanya yg bemaksud:

"Setiap manusia pernah bersalah, dan sebaik-baik orang yang bersalah itu adalah yang kembali ke jalan Allah," ( HR At-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Hakim).

p/s: sayu rasa hati ini bila dikhabarkan berita macam ni. x pernah dalam sejarah 6 semester di UiTM Kuala Terengganu mendapat berita segempar ini. sekali lagi Al-Fatihah buat arwah yang pergi meninggalkan kita :/

Saturday, January 19, 2013

Birthday Gifts 2013 !~

Assalamualaikum Cinta <3

oke . sudah bosan bukak mukabuku, sudah bosan bertweet2 . bangun duduk bangun meniarap . tengok fon xde pape . hmm . so i terbukak lah blog i ni . upenye i x update lagi pasal 01012013 dis year kan . oke . actually that date is my birth day or born day . and dat day is my anniversary of birth day . dah dua puluh tahun dah i kan . x pecaye ke ? haha . soo to who yang dah wish birh day i tuu , thannxx banyak2 tau . nak mention sorang2 memang tak lha kan . ramai kot . hehe . so i cakap secara menyeluruh la k . :) 

but then , i excited sangat nak post sumtim dat i got this year for my birthday present . hehe :)
oke . lets take a look keyh ! 

oke . this from my mummy . b4 i back to hostel, she give me this . periuk nasi rite . haha . siap ade nasi lagi kat dalam tuu . :P terima kasih mak ! sayang mak ~!! :D

this is from my nick'ss shahrul . waa . i tak sangka i dapat hadiah ni daripada u tau ! its a surprise babe ! siap org tengah lagi yg bagi . harharhar . thanx dear ! love it ! :D

oke . i dapat ni dari piqa jerr . dia bagi kat i time kitorang ade meeting malam new year tuu . really appreciate it dear ! ramai kot yg wish mase tuuu . malu pulak rase . hehe <3

dis from my LOVE ! thanx awak . sumtim yg i really appreciate .. its soo kawaiii . but it doesn't work on my hp :( its okay . i will save it until i dapat gunakan ia ye syg . awak , i love u sangat . please jangan tinggalkan saya ;'( *wipe tears.

oke . my first cakes on new year ! dis is from my classmates . thanx u all . love the oreo ! :D

haa . dis is them !!! my classmates and besties ! thanx becoz being my fren and just being like me . satu kepala . satu geng . hehe . <3 u all sayangs ! <3

i got this birthday card from asilah ! :D thanx my dear . siap dia tolong nyanyikan lagi . hahah comel ajee macam tuan dia . hekhekhek

haa this i tak tahu sapa bagi . i think laa si kila yg bagi coz my rumet cakap die yg masuk bilik mase tuu . hehe . anyway thanx okeyh ! :D

this is my routin . and look at the date . its tuesday larh :D

ni i dapat from cik comell athirah juhari . x sangka dia sanggup datang semata2 nak bg i ni . thanx lalim ! :D


okeh ! the second birthday cakes !!!!!! this is from batch 3 commanderss . ahhh . x sangkaa lah i dapat cakes icing macam ni . ni mesty kerja sera . hehe . habis muka kene icing . hahah . thanxx to all of u my dear little sisters batch 3 commanderians ! :D love u !!!!!

oke oke oke . dis from batch 1 commanders ! thanx coz still remember me . hope after we grad, we also always remember each others sygs ! :D

omaigod omaigod ! dis dis !!. i wake up in the morning and i see this spongebob and the birthday card with NO NAME ! bila baca banyak2 kali, bawuu pasan sape . hehe . thanx my little sis , iela !! coz giving me dis sepanggebob . haha . sori , its her name okeh . haha . marah ngat ye orr . hehe :P 

then , i god dis after pray isyak at jumaat. syahurin give me that purplish tango and my twins , hanif gives me the reddish one , kitkat ! its soo big its soo big . hehehe . thanx both of u .. <3

i ingatkan da habess daaa org bagi hadiah kat i . dat night, when i'm borak borak with nick'ss shahrul outside the college, c farizz jumpa i n bagi dis . wah wah wah . seronok lah i . :) thanx farizz coz still ingat i lagi . weheeee :P :)


p/s : oke . memang terlalu banyak gambar lagi sebenarnya . but thats all that i want to show u . hehe . 6t u oll penat pulak tengook gambr i n baca status i yg merapu meraban ni . teheeeh 
but ekcelli, i wish i got dis :( hmm . anyone can give me dis?? :(

Tuesday, January 8, 2013

I'm COMING home . I'm coming HOME ! :D

Assalamualaikum Reader's :D

haa. pada post sebelum ni kan pasal honeymoon . hewhewhew . lepas honeymoon mesti la balik kan . haa . ade bende terjadi kat rumah tau ! x expect pun ! kuasa tuhan . :) nak tahu ? jap. nak download picture jap . tengok gambar je lah ea . i cerita melalui gambar . hewhewhew :D

dah duduk rumah . ofkos la bosan kan . ape lagi , ade novel baru i beli ! tajuknya oh! mama tiriku by herna diana . yaa . i'm fanatik gila dekat herna diana . dia selalu buat i senyum sorang2 baca novel dia . hewhewhew :) cite dia sambungan cinta 3 suku tau . u x baca lagi, u kene beli la novel dia ni . try yourself . hehe bagi i sedaplah :)

okay . selamat hari lahir zahirul ! :D zahirul ni sepupu i . 

tengok tuu . malu ke nangis ? hahha :P

okay ni pulak bas yg xcident hari tu . tersadai kat tepi balai polis kemaman . teruk kan? huhu . langgar dengan keta asenya . huhu

ni no i . appointment dengan doc mase ni . lame giler i tunggu . xnak kawan dengan doc ! ahh . boleh pulak dia lupa nak panggil no i . mencikk betull lah . huhu :(

on da way balik dari hospital kemaman tuu, i ternampak ni . i dengar cite van ni terbakar mase on da way balik kemaman . scaryyy ohh . ade orag meninggal mase tuu . whooaahh . seram dohh 

kan i dah bagitahu . i kan berpantang . semua i x bboleh makan . yang paling benci i xleh makan ialah niii !! sweet corn ! arghh ! tapi after jumpa doc , doc cakap dah oke . kesan pun dah tutup elok dah . parut je lah tinggal . so i request dengan mum i nak ni !! hehe . akhirnya dapat gak makan . hewhewhew . besttt sangat !! :D

haa . ni la i cakap . kuasa tuhan . kita x boleh lawan ! hmm . sebelum ni x pernah pun kemaman banjir sampai macam ni sekali . ni area nirwana, secret recipe (nampak tak nampak tak) hewhewhew :D kira kalau dah naik macam ni dah kira teruklah buat kemaman ni . kalau besut tu x payah cite lah . harharhar :P

ni pulakkk area PSM . psm ni dekat dengan rumah tau . jalan kaki x sampai 5 minit dah sampai . hewhewhew . tu mengarung air . kalau berlari kompen 1 minit x sampai . harharhar . dekat kan ? tengok air tu .. kat sini baru setakat bontot adik i tu . kalau kat area kedai 1 malaysia . haa. mau nye bontot i pulak . harharhar

ni pulak area belakang quarters i (padang) . i duk tingkat 3 . sooo memang x naik lah air tuu kan . hewhewhew :P i tangkap gambar ni pun bukan sebab dalam sangat pun . sebab its art okay . sooo beautifull lah ! nampak tak nampak tak . hewhewhew :D

ni pulak area depan rumah i . i amek dari atas laa . dari rumah i . hewhewhew :P tuu padang la tuu / hehe . dan jalan raya . dah tak nampak dah . hewhewhew :P

time ni pulak ayah i call . dia cakap TPM nak datang kemaman . nak tengok banjir kat kemaman . haa . tuu dah sampai dah tuu . hehe :P korang tengok tv mesty tahu . hehehe

disebabkan i dengan family susah nak turun bawah sebab banjir . i dengan family ape lagi memasak la. hewhewhew . mase ni i buat popia sira . belajar dengan kakak ipar i . heeh . senang je upenye buat benda alah ni . hehehe :P ni bahan bahan dia la . n cara cara dia . hehehe

haa yg ni dah siap digoreng dah . nyum nyum .. hehe

yang ni pulak siap disirakan dah . kan senang kan ? hehehe . sape nak buat tempahan boleh lah call i k . cewahhh . promote lebih . hehe :P


lepas je hujan benti n banjir pun dah surut, i pun kene lah balik kolej dah . mase ni i balik dengan aten . hewhewhew :P that's all . nanti jumpa lagi yaww . i nak pegi kelas dulu :P 

*tunggu taw i nak update pasal new year pulak . hehe :P