Saya Adalah Saya :D

Saya Adalah Saya :D

Wednesday, November 30, 2011

Rumah Banjir !~

Assalam Reader(S) ...
maaf lame x hupdate benda alah ni .

ok skrg nak hupdate pasal aku balik ritu . perghhh .  mantopp !
Rumaah org banjir dengan air banjir . maksudnya wane air tea susu 2 .
tapi rumah aku banjir dgn air putih je macam air masak 2 .
Rumah org banjir dari bawah naik ke atas .
Rumaah aku banjir dari atas turun ke bawah .
ape erkk ??? ermmm . cuba korang fikirrr .

RUMAH ATAP BOCOR !!
cite nye camni . kan ni musim sekolah . my family p la antaq aku p uni ni then balik kemaman . tinggal la rumah besut seminggu (dalam 4 hari je pun)
dalam masa 4 hari 2 macam2 jadi kat rumah d besut 2 .
antaranya :
syiling jatuh 8 keping
zin rumah kene terbang ke angin
rumah lama abis basah . termasuk barang2 yg ade kat rumah lama 2 .
rumah macam tokang pecah .
TV xjadi langsung .
arial TV  rela (cabut) satu2 .


kesian kat my mun kene simpan barang2 sorg2 . huhu
aku nak tlg pn aku d uni skrg . hmm
maafkan ateh , mak . :(

Sunday, November 20, 2011

WELCOME PART 4 -_-

Assalam Reader(S) ...
oke xnak cakap panjang2 .
just say aku dah masuk Akhir Tahun 2 (Semester 4) di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Terengganu .
soo dengan rasminya selamat tinggal semester 3 -_-
mungkin result semester 3 aku xde la cantekk sangat macam budak2 laen .
tapi aku bersyukur kerna aku x repeat mane2 subjek .
maksudnya lulus semua la . hee
Alhamdulillah :)

Saturday, November 12, 2011

Bila ALLAH Menduga KITA



BILA ALLAH MENDUGA KITA lebih terperinci tentang aspek2 kehidupan manusia seharian. Ianya berkisarkan tentang permasalahan dan persoalan hidup yg sentiasa menyelubungi diri setiap insan. Setiap masalah yg timbul ada kebaikan dan keburukan, terpulang pada individu bagaimana langkah2­ yg perlu diambil untuk menangani masalah tersebut.
Kita harus ingat setiap saat Allah SWT akan menduga umatNya dgn berbagai2 ujian, tidak kira dari segi kesusahan mahupun kesenangan. Sikap sabar, tabah, berdoa, dan bertawakal amat penting kerana Islam sentiasa memberikan jalan dan sikap positif yg indah, terpulanglah pada individu untuk memahamidan mempraktikkannya dgn baik supaya kita tidak hanya Berjaya di dunia, malah di akhirat kelak.
Oleh itu setiap perkara yg dating perlulah ditangani dgn bijak, jangan bertindak terburu2 dan selebihnya berserah kpd Allah SWT.
SYED ALWI ALATAS dilahirkan pada 1 September 1974. Beliau telah menamatkan Master dalam bidang sejarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau adalah seorang penulis yg sukup produktif. Sehingga kini beliau telah menulis 18 buku di dalam berbagai bidang seperti agama, sejarah, psikologi remaja dan novel.


NOVEL : Cinta 3 Suku


Berkasih tak mesti bersama, Berpisah bukan selamanya.

“Sketsa perang” di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat 3 Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dibiasi insiden perlanggaran.
Iman - Gadis comel yg nakal & berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran sSuhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih & sayang.
 Arie - Pertemuannya dgn Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yg manja dan pandai menggoda.
Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan yg lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yg sedang mereka lalui itu rupa2nya penuh dgn onak dan duri.

Novel Cinta 3 Suku ni dicipta oleh Herna Diana. Walaupun beliau merupakan novelis yg baru menginjak ke alam tulisan, tetapi bagiku novelnya cukup sedap dibaca dan sesuai untuk remaja skrg ni. Novel Cinta 3 Suku ni merupakan novel pertama ditulis olehNya. Kan aku dah cakap tadi dia baru dalam tulisan2 ni . heee aku mengakui aku bukan peminat novel yg sebenar. Novel Cinta 3 Suku ni la novel pertama aku baca. Hee Apabila aku baca novel ni, buat aku terpikat akan pengarangnya. Bak kata orang, buku akan terhasil bagus apabila pengarangnya pandai dalam mencoret sesebuah buku tersebut dan pandai mengambil hati peminat2nya. Ternyata novel ni dapat menarik jugak pembaca2 yg xsukakan novel macam aku ni. Hee :P Korang ape tunggu lagi try la beli novel ni. Pasti akan berbaloi dgn pengeluaran duit sebanyak RM18. J
P/S : beli jangan x beli. J

NOVEL : Akhirnya Aku Kahwin !


Ingat senang ke mencari cinta sejati?

Didi – gadis ‘comel’ yg periang. Dia tidak pernah kisah dgn pandangan org lain yg sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan.
Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Kata2 ibarat bom nuclear yg keluar drpd mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya ‘Debab’. Berhadapan dgn lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuclear lelaki itu dibalas dgn ayat ala bom atom.
Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ye ke? Takkanlah Syafizi yg selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuclear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat^Di^Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?

Haaa. I back! Dengan novel keduaku! Macam la ni novel aku. Hahaha ok2 . sebenarnya ni novel kedua ciptaan Herna Diana. Kan aku dah cakap novel dia best. Korang tak percaya! Aku ikuti je novel dia. Hahaha Tapi kisahnya aku sebenarnya tak kisahkan pengarang pada mulanya. Coz aku mencari buku yg cikgu aku syorkan Bila Allah menduga Kita. Cari punya cari x jumpa la. Hmm. Tapi yg aku jumpa novel Akhirnya Aku Kahwin ni. Dia punya tajuk dah la best, pastu cover depan n belakang buku ni buat aku tertarik untuk membelinya. Hee. Bila aku balik nak baca, aku tengok la pengarangnya dan buku pertama hasilnya. Rupa2nya dia la Herna Diana yg menerbitkan novel Cinta 3 Suku yg first aku baca tue. X sangka pulak. Coincidence betul la kan. BTW! Novel ni la novel pertama saya beli. Yg novel Cinta 3 Suku tue pinjam ngan kawan time dalam kolej ari tue. Tapi sekarang dah ade due2 dah la dalam simpanan aku sendiri. Hee J anyway don forget 2 buy dis novel too J
p/s: harganya still same : RM18 J