Saya Adalah Saya :D

Saya Adalah Saya :D

Friday, October 7, 2011

La Tahzan ~~> 2 = Yang Lalu Biarlah Berlalu :)

=== Assalamualaikum Reader(S) ===

#sharingiscaringyaww.. :)

Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila. Itu sama ertinya dengan  membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan seaadanya. 

Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara hati dan mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar ia tidak dapat keluar melihat cahaya. Kerana bagaimanapun, berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.

Dengan demikian, tidak ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali kerana ianya memang sudah tiada.

Janganlah kita hidup dalam mimpi-mimpi buruk masa lalu atau di bawah bayang-bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri kita dari fantasi tersebut. Apakah kita menginginkan berbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang lagi??? Apakah kita mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya, bayi ke perut ibunya dan air mata kembali ke dalam kelopak mata padahal semuanya hanya akan mengalirkan kembali air mata kita???

Dengan kembali ke masa lalu bererti anda akan merasakan keresahan. Masa lalu tak ubahnya seperti api yang membakar dan melemparkan diri ke api masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyedihkan, sekaligus menakutkan.

Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakkan suasana yang ada dan mensia-siakan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan. Allah telah mengingatkan kita dengan umat masa lalu serta apa yang telah mereka perbuat:
Itulah umat yg telah lalu... (Al-Baqarah:134)

Semuanya telah berlalu dan tidak akab berulang kembali. Dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman itu.

Orang yang berusaha kembali ke masa lalu adalah tidak ubah seperti orang yang menggiling tepung padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya. Ada ungkapan nenek moyang kita dahulu yg patut direnungkan oleh org yg menangisi masa lalu:
"Janganlah kalian mengeluarkan mayat2 itu dari kubirnya."

Dalam sebuah riwayat diceritakan, bahawa terdapat segolongan org yg mengerti bahasa binatang.
Orang2 tersebut bertanya kpd keldai: " Mengapa engkau tidak mahu merenungi apa yg berlalu?" 
Keldai itu menjawab: "Kerana aku tidak suka kebohongan."

Bencana dpt menimpa apabila kita lemah menghadapi masa kini & menyibukkan diri dgn masa lalu. Kita menyia-nyiakan keindahan istana yg kita miliki & mempertaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu yg telah usang. Padahal, seandainya seluruh manusia & jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yg telah berlalu, nescaya mereka x akan mampu melakukannya, kerana pada dasarnya semuanya mustahil 

Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang kerana angin akan terus berhembus ke depan, air mengalir ke depan dan setiap kalifah akan berjalan ke depan. Oleh itu, janganlah menyalahi sunnah dan hukum kehidupan... 


p/s: don u ever look back :)

=== Wassalam ===

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.