Saya Adalah Saya :D

Saya Adalah Saya :D

Thursday, October 6, 2011

La Tahzan ~~> 1 = Merenunglah & Bersyukurlah !

=== Assalamualaikum & Nytes Reader(S) ===

#Sharingiscaring =)

Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yg Allah kurniakan kpd anda. Kerana nikmatNya meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara & air serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yg telah diberikan Allah kpd anda.
..sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungmya... (Ibrahim: 34)

Demikian besar nikmat Allah yg telah dianugerahkan kpd anda. Dunia ini, beserta apa yg ada di dlmnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda x pernah menyedarinya; anda menguasai kehidupan, tetapi x pernah mengetahuinya.
... Dia telah memberikan nikmat2Nya secara sempurna kpd kalian, baik zahir mahupun yg batin... (Luqman: 20)

Anda telah diberi sepasang mata, satu lidah, 2 bibir, 2 tangan & 2 kaki.
Maka nikmat Tuhan kalian yg manakah yg layak anda dustakan? (Ar-Rahman: 13)

Apakah anda mengira bahawa, berjalan dgn kedua kaki itu merupakan sesuatu yg biasa, padahal masih byk manusia lain yg x mempunyai kaki? Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan sesuatu yg mudah, padahal masih byk manusia lain yg kehilangan kedua2 betisnya? Apakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua2 mata sementara masih banyak manusia lain yg x dpt tidur kerana sakit yg mengganggunya? Pernahkah anda merasa nista ketika anda menjamu makanan yg lazat & minuman yg sejuk sementara masih banyak org lain yg x dpt makan & minum hanya kerana penyakit yg mereka deritai?

Renungkanlah! Betapa besarnya fungsi pendengaran, dimana Allah menjauhkan anda dari ketulian; penglihatan anda akan terhindar daripada kebutaan; & ingatlah kulit anda yg cantik yg terhindar dr penyakit gatal & kudis. Perhatikanlah juga fungsi otak anda! Allah telah memberikan kesihatan aqal sehingga terhindar dr kegilaan yg menghinakan. Apakah anda ingin menggantikan mata anda dgn emas sebesar gunung Uhud? Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak 1 bukit? Apakah anda mahu membeli istana2 yg menjulang tinggi dgn lidah anda, namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua2 tangan anda dgn butiran2 permata & berlian, tetapi tangan anda kudung?

Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yg tiada terhitung & kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya anda x menyedarinya. Bahkan, anda hidup dlm ketidakpastian & terperangkap dlm kesedihan, padahal anda masih memiliki roti yg segar untuk disantap, air yg segar untuk diteguk, dapat tidur dgn nyenyak & kesihatan anda yg stabil.

Anda seringkali memikirkan sesuatu yg telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yg ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setompok kebaikan, kenikmatan, & masih banyak yg lainnya. Oleh kerana itu, RENUNGKANLAH & BERSYUKURLAH!
Pada diri kalian juga terdapat tanda2 kekuasaan Allah. Apakah kalian x memperhatikannya? (Adz-Dzariyat: 21)

Lihatlah diri anda, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat, dunia sekeliling anda. & janganlah termasuk di dalam golongan :
Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yg ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya... (An-Nahl: 83)



p/s : Merenunglah & Bersyukurlah ! :)

=== Sekian & Wassalam ===

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.