Saya Adalah Saya :D

Saya Adalah Saya :D

Sunday, November 24, 2013

Rindu.. :")

Assalamualaikum Kesayangan saya sekalian.

RINDU. yaa aku rinduu.. tika ini aku menangis teresak-esak. tapi dalam masa yang sama, aku berfikir perlukah aku menangisi orang yang telah tiada? Allahu.. Ampuni dosa hambaMu ini..

Hari ini, genaplah 5 tahun 4 hari tokki kesayangan hamba pergi meninggalkan kami semua..
Hari ni juga genaplah 3 tahun 11 bulan 12 hari tok kesayangan pergi bertemu ilahi..
Hari ni jugalah genapnya 1 tahun 2 bulan 12 hari ummi telah kembali ke rahmatullah..
Dan ramai lagi insan yang telah pergi bertemu sang pencipta.
Kita? Bila lagi? Allahuakbar..cukupkah amalanku untuk bertemu bidadara di syurga? Subhanallah.
Amalanku masih banyak belum disettlekan. Aku tidak bersedia lagi menghadapNya.

Hari ini.. aku bersama emakku mengimbas kembali KENANGAN pada saat tokki menghembuskan nafas mereka yang terakhir. Sebak. yaa sangat sebakk.. emak ada menceritakan dia didatangi mimpi arwah tokki pada khamis yang lalu iaitu genap 5 tahun arwah meninggalkan kami semua. apakah maksud mimpi yang emak hadapi? tokki merindui kami kah? menitis air mata aku saat mengenangkan memori bersama arwah. aku sangat baik dengan arwah.. 

Arwah tokki meninggal kerana sakit tua.. Dia berumur 94 tahun ketika dia meninggal. tetapi sebenarnya kisah disebaliknya, Arwah ada mengangkat pagar besi seorang diri lalu terjatuh atas badannya.. Arwah senyap dan x menceritakan hal itu kepada orang lain.selepas itu, arwah mengadu berasa demam.. then bagi lah ubat. setelah 2 3 hari terlantar dan demam x kebah kebah, kami membuat keputusan untuk menghantarnya ke hospital. di hospital, bila check, Arwah didatangi pelbagai penyakit yang x pernah didatanginya sebelum ini. Sakit Jantung, Kencing Manis, dan sebagainya. Arwah terlantar di hospital lebih seminggu. Semakin hari semakin tenat. sehingga 1 hari kami rasa tidak apa yang boleh dilakukan lagi. Kami membawanya pulang ke rumahnya kerana Arwah pernah memberitahu yang arwah ingin meninggal di rumah.. tidak sampai setengah jam berada di rumah, kami sudah merasa kelainan pada dirinya. tepat jam 6.50 am 21/11/2008 (hari jumaat dan pada tarikh kelahirannya) arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sebak. sudah 5 tahun Arwah pergi meninggalkan kami tetapi kami tetap merasakan arwah ada di sisi kami. Allahurabbi.. Rindunyaa pada arwah tidak terkira.. 

Selepas arwah tokki meninggalkan kami, aku pula selalu mendapat mimpi. bermacam macam mimpi.. salah satunya yang selalu terjadi adalah aku bermimpi gigi aku tercabut. tak kira lah gigi yang mana, dan berapa. aku percaya mimpi ini adalah 1 petanda. Tetapi aku tidak tahu maksudnya. sehinggalah aku bertanya kepada emak.. emak cakap, "mungkin akan ada kematian dalam ahli keluarga kita dalam masa terdekat.." yaaa betul .. selepas aku didatangi mimpi gigi tercabut, saudara saudara terdekat aku seorang demi seorang pergi meninggalkan aku.. Allahuakbar.. pernah aku merungut .. kenapa aku sahaja yang didatangi mimpi tersebut. kenapa. MasyaAllah.. dan sekarang aku tahu kenapa... itu lah petanda awal untuk aku tidak menangisi orang yang telah pergi.. RINDU.. rindu sangat dengan Arwah Tokki :'(


p/s : kerinduan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.