Saya Adalah Saya :D

Saya Adalah Saya :D

Monday, October 10, 2011

BerBlogWalking satt .

=== Peace be upon you Reader(S) ===

Okea . hary ni ak nak berblogwalking sat .

Antara blog yg menarik haty ak ialah :
  • Kembara Hayat ! = n3 ni pasal ujian yg menimpa dirinya . aku pn same cam dye . bila diuji sikit , dah menggelabah giler2 bagai . yg aku tahu hanya menangis dan terus menangis . sebenarnya xde gune kite menangis . coz sbnrnya Allah itu Maha Mengetahui ape yg die uji terhadap kita . aku akan sentiase berdoa mudah2an kita dapat tempuhi segala dugaan dan cubaan dalam hidup ni . InsyaAllah :)
  • Tentang Raihan !~ n3 ni plak psal study . InsyaAllah kak . mudah2an kita dapat ape yg kita idam2kan selame ni . akak perlu ingat D.U.I.T. - Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakkal . :) Mudah2an kita berjaya kelak .
  • Anim Alis !~ = tajuk n3 nye AKHIRNYA KITA CLASH ! tajuk gah giler . ingat dah clash ngan pakwe ke . so i tross la bukak . hee . upe2nye clash ngan semester 3 . wahaha . aku pom same clashh dah . InsyaAllah xde repeat ea :) just Doa & Tawakkal je skrg ni ea. ape2 pum hepy holiday !~~~
  • Koko Kokorunch belogg ! = n3 ni plak pasal sebatang pen . whooaaa . cuba la bace sendrii . i setuju 110pecent doe!
  • Nurna Azrin = ahahaha . klaka la nona ni . macam 2 plak dye ye . selamat berupdate ye . xsabar nak tunggu updated cerita :) hee
  • jeritanblog.blogspot.com = ni blog yg boleyh anda2 sume touchup anda punye blog agar jadi makin menarik yaw . sharingiscaring :)
  • zombazomba.blogspot.com   &  teamsalkom.blogspot.com = blog ni pasal download citer2 ke hape ke. bagi mereka2 yg suke tengok crite la . just click CTRL + Link di atas untuk ke new tab . aku lagi preferr teamsalkom laa senang sikit nak download :)
  • Kegagalan Bukan Penghalang angah . sedeyh dgn n3 terakhir tue . rindukan angah :(
  • Kak Piejaa :) = Bila bace n3 ni terkezut pn ade . tak sangke kakak . tapi ape2pun wish u luck in ur life okea . harap bt choice yg terbaek orait :)
  • Arez Razin = blog ni plak pasal life dye , cerita2 yg menarik dibaca n tutorial yg boleyh dikatakan ok la . sebenarnya dye ni la bt ak mule2 nak buat blog . n blog dye ni la ak first bukak mase ak dungu tentang internet dulu . hee . thanx 2 u brother :)

hope that we r like diss !~

okea la sampai sini jela dulu aku berblogwalking .  banyak sangat sebenarnya aku nak citekan .ape2pon , korg bace je la sendri blog diorg ea . selamat berblogwalking jugak n hope enjoy with dose n3 okea . c u in next n3 yaww!~ gudnites!~   

p/s : nak sambung ceritera dalam buku La Tahzan plak . hee :)

=== Wassalam n Syukran Jazzilan ===

Friday, October 7, 2011

Renung-Renungkanlah & Selamat Beramal :)

=== Assalamualaikum Reader(S) Sekalian ===

Sekadar renungan bersama ~~



Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI...

Bila jadi baik, ORANG MELUAT...

Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM...
...
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?..."

Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA...

Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN...

Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS...

Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR...

Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'...

Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free...

Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!....."

Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?.."...

Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"...

Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"..

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan ini :- Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia



p/s : konklusinya ialah jangan mengata org kalau diri pn ntah kemana :) 
selamat berbahagia yaww !


=== Wassalam ===

La Tahzan ~~> 2 = Yang Lalu Biarlah Berlalu :)

=== Assalamualaikum Reader(S) ===

#sharingiscaringyaww.. :)

Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila. Itu sama ertinya dengan  membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan seaadanya. 

Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara hati dan mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar ia tidak dapat keluar melihat cahaya. Kerana bagaimanapun, berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.

Dengan demikian, tidak ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali kerana ianya memang sudah tiada.

Janganlah kita hidup dalam mimpi-mimpi buruk masa lalu atau di bawah bayang-bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri kita dari fantasi tersebut. Apakah kita menginginkan berbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang lagi??? Apakah kita mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya, bayi ke perut ibunya dan air mata kembali ke dalam kelopak mata padahal semuanya hanya akan mengalirkan kembali air mata kita???

Dengan kembali ke masa lalu bererti anda akan merasakan keresahan. Masa lalu tak ubahnya seperti api yang membakar dan melemparkan diri ke api masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyedihkan, sekaligus menakutkan.

Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakkan suasana yang ada dan mensia-siakan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan. Allah telah mengingatkan kita dengan umat masa lalu serta apa yang telah mereka perbuat:
Itulah umat yg telah lalu... (Al-Baqarah:134)

Semuanya telah berlalu dan tidak akab berulang kembali. Dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman itu.

Orang yang berusaha kembali ke masa lalu adalah tidak ubah seperti orang yang menggiling tepung padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya. Ada ungkapan nenek moyang kita dahulu yg patut direnungkan oleh org yg menangisi masa lalu:
"Janganlah kalian mengeluarkan mayat2 itu dari kubirnya."

Dalam sebuah riwayat diceritakan, bahawa terdapat segolongan org yg mengerti bahasa binatang.
Orang2 tersebut bertanya kpd keldai: " Mengapa engkau tidak mahu merenungi apa yg berlalu?" 
Keldai itu menjawab: "Kerana aku tidak suka kebohongan."

Bencana dpt menimpa apabila kita lemah menghadapi masa kini & menyibukkan diri dgn masa lalu. Kita menyia-nyiakan keindahan istana yg kita miliki & mempertaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu yg telah usang. Padahal, seandainya seluruh manusia & jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yg telah berlalu, nescaya mereka x akan mampu melakukannya, kerana pada dasarnya semuanya mustahil 

Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang kerana angin akan terus berhembus ke depan, air mengalir ke depan dan setiap kalifah akan berjalan ke depan. Oleh itu, janganlah menyalahi sunnah dan hukum kehidupan... 


p/s: don u ever look back :)

=== Wassalam ===